Tiada komen daripada pembaca blog tak mengapa…cuma !!!

image

Sebagai penulis blog tegar (atau mungkin yang dah pun lama menulis blog amat tertunggu-tunggu komen daripada pembaca-pembaca setia blog anda. Adakah sebagai penulis blog yang tegar, anda mengharapkan komen-komen membina daripada pembaca setia anda?

 

Bohonglah jika anda mengatakan anda tidak mengharapkan komen atau feedback daripada pembaca blog.

Tetapi harus diingat, tidak semua perkara yang anda tulis akan dikomen oleh pembaca. Sekiranya cerita atau artikel anda menarik, mungkin anda akan mendapat feedback sekelip mata daripada pembaca. Bagaimana pula jika cerita anda langsung tidak menarik hati pembaca blog anda.?

Tanamkan difat di hati, setiap kali anda menulis blog, jangan mengharapkan tulisan anda mendapat feedback dengan segera. Ia akan mengambil masa. Jika blog anda berbentuk artikel dan bila gaya penulisan anda dapat diterima pembaca, penulisan anda sekurang-kurangnya akan dapat feedback 2 pembaca.

Apa yang penting, bila anda melayari blog orang lain, rajin-rajinlah beri komen yang membina atau pun memberi komen yang berkaitan dengan tulisan mereka. Kerjasama yang dijalin antara penulis blog juga yang akan dapat membantu perjalanan trafik blog anda.

Jangan mengharapkan komen daripada orang lain, sekiranya anda sendiri pun tidak rajin menjengah ke blog orang lain untuk memberi feedback terhadap penulisan blog orang lain.