Sate secucuk 70 sen

image

Agak-agak di tempat anda sekarang, berapa harga sate untuk secucuk. Masih lagi 30 sen? Atau ada yang mencecah 50 sen?

Ini bergantung kepada tempat serta saiz sate yang disediakan oleh penjual-penjual sate.

Tadi saya ada le membeli sate. Biasanya saya tidak ambil pusing berkenaan dengan harga. Tetapi rata-rata sate yang dijual di sekitar Bandar Seri Alam atau mahu pun di Pasir Gudang, masih lagi 50 sen dan satenye kecik-kecik aje dagingnya. Makan pun tak de rasa berbaloi.

Ada sebuah gerai (lokasi tidak diberitahu), sate dia jual pukul rata 70 sen. Diulang, 70 sen.

 

Kenapa 70 sen? Sebab sate dia daging boleh tahan juga lah besar sikit jika dibanding dengan sate 50sen. Kuah sate pun sedap juga, cuma timunnya sikit sangat.

 

Bila fikirkan balik, rindu pulak kat sate Kajang, pada 10 tahun yang lepas, sate 50sen pun lagi besar daripada sate 50 sen yang ada di tempat saya. Bengang betul le….