Nasir Bilal Khan

image image

 

 

 

Entah kenapa pulak pada malam ini nak menulis tentang hamba Allah yang seorang ini. Dia bukanlah seorang penulis blog tegar. Dia hanyalah seorang anak wayang seni. Ketika kecil, muka beliau sentiasa saya tonton di kaca TV, terutamanya pada slot Cerekarama di TV3. Slot Cerekarama menayangkan telefilem pendek selama 2 jam dan ketika itu, muka Nasir Bilal Khan sentiasa keluar dalam slot-slot cerekarama tidak kiralah sama ada memegang watak baik atau watak jahat.

 

Dalam sekitar tahun 1996 sehingga ke tahun 2005, muka Nasir Bilal Khan agak kurang menonjol di TV atau di filem dengan munculnya muka-muka hero Malaya baru ketika itu, contohnya Rosyam Noor dan Rusdi Ramli. Maka muka Nasir susah nak keluar TV. Selepas tahun 2005, Nasir Bilal Khan kembali aktif berlakon di TV dan di filem, itupun lebih banyak kepada watak pembantu.

 

Tetapi beliau tetap hebat. Ketika kemunculan pertama di layar perak, beliau pernah bergelar pelakon terbaik di Festival Filem Malaysia ke 11 (1994) menerusi filem Perempuan, Isteri Dan ……… Sampai sekarang filem tersebut masih ditayangkan di kaca TV dan saya anggap filem tersebut layak menjadi filem klasik. Tak caya, anda tontonlah sendiri filem tersebut. Boleh jadi filem klasik.

 

Nasir berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan kononnya dia pernah berkahwin dengan pelakon Azizah Mahzan. Sama ada betul atau tidak cerita ini, saya sendiri pun tidak tahu kerana ia hanyalah gossip. Cuma saya agak pelik tentang bab suara Nasir Bilal Khan ni, kalau dulu suara dia tak de lah garau sangat. Tapi sejak umur dah meningkat ni, suara dia pun dah garau sangat.

 

Tak pe lah, yang penting beliau masih lagi aktif meneruskan lakonan di TV.