Mari pilih sabun!

 

image

Apakah barang yang paling sedap digunakan setiap hari?

Sedap dari segi apa? Mestilah baunya.

Dan jawapannya adalah sabun……..

Ketika mandi pada waktu pagi, sabun adalah aroma kedua yang akan anda hidu, selepas ubat gigi. Mungkin juga mejadi aroma pertama.

Di pasaran sekarang, memang banyak jenis sabun yang dijual serta jenama sabun yang pelbagai. Ada LUX, MAY, ZEST, LIFEBUOY, ZAITUN dan macam-macam lagilah.

Cuma adakah sabun-sabun tersebut sesuai dengan kulit atau mengikut keperluan kita?

 

Ada berbagai-bagai jenis sabun yang ada di pasaran sekarang. Mari kita lihat apakah sabun yang ada di pasaran.

 

i.) SABUN KESIHATAN

Sabun yang mengandungi antiseptik. Berguna untuk membunuh kuman-kuman penyakit. Biasanya jenama jenis DETTOL yang kerap mempunyai sabun jenis ini.

 

ii.) SABUN TRANSPAREN

Sabun yang tembus pandang, biasanya ringan dan mudah larut kerana sifat sabun itu sendiri yang sukar mengering.

 

iii.) SABUN DEODORAN

Sabun yang digunakan untuk menghilangkan bau yang tidak sepatutnya yang dah melekat kat badan. Tetapi tidak sesuai digunakan di wajah kerana boleh menyebabkan alahan pada kulit.

 

iv.) SABUN KOSMETIK

Confirm sabun ni yang paling mahal di pasaran kerana biasanya sabun ini ada formula khasnya  seperti pemutih muka (contoh : whitening facial soap)

 

v.) SABUN BUTIRAN GANDUM

Sabun ini biasanya ada butiran-butiran gandum. Gunanya butiran gandum ni ialah untuk menyerap minyak serta menghaluskan kulit yang kering dan sensitif.

 

vi.) SABUN UNTUK JERAWAT

Sabun yang digunakan untuk membunuh kuman yang ada di jerawat. Penggunaan sabun yang terlalu kerap akan menyebabkan kulit menjadi kering dan seelok-eloknya selepas menggunakannya, pelembab pula harus digunakan

 

vii.) SABUN SUPERFATTED

Sabun yang memiliki kandungan minyak dan lemak yang banyak sehinnga terasa lembut dan kenyal. Sesuai digunakan bagi mereka yang berkulit kering kerana dapat melindungi kulit dari alahan dan jerawat.

 

Oleh itu, pandai-pandailah korang pilih sabun. Jangan salah pilih