Mana satu yang betul?

 

image

Tindakan Akmal Rizal memberi statements kepada wartawan yang beliau serta 5 lagi rakannya yang tidak dapat bonus selepas membawa pulang Piala Malaysia musim 2010 yang lalu membawa padah. Orang kuat KAFA, Tan Sri Annuar Musa cakap KAFA belum pun beri bonus lagi kepada mana-mana pemain, tetapi si Akmal Rizal ni cakap ada pemain yang dapat, ada yang tak dapat.

Mana satu yang betul nih?

 

Kami belum beri bonus kepada mana-mana pemain: Annuar
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) bakal mengambil tindakan sewajarnya terhadap bekas pemain pasukan berkenaan, Akmal Rizal Rakhli yang mengeluarkan kenyataan memburukkan persatuan itu, baru-baru ini.

 

Bekas pemain kebangsaan itu difahamkan mendakwa dia bersama lima lagi rakan sepasukan tidak diberi bonus kerana mengambil keputusan untuk meninggalkan The Red Warriors sebaik saja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.

 

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, berkata kenyataan berkenaan tidak tepat sama sekali memandangkan pihaknya masih belum membuat sebarang bayaran bonus kepada mana-mana pemain yang membantu pasukan memenangi Piala Malaysia, Oktober lalu.
Annuar berkata, KAFA sedang menunggu sumbangan dijanjikan pelbagai pihak, termasuk insentif RM200,000 daripada Kerajaan Kelantan sebelum bayaran bonus berkenaan dibuat kepada pemain.
“Setakat ini, tiada sebarang bayaran dibuat kepada pemain dan jumlah berkenaan juga masih belum diputuskan lagi. Apa dibayar ialah yuran menandatangani perjanjian bagi mereka yang menyambung kontrak bersama pasukan, selain tambahan gaji bagi semua yang meneruskan khidmat dengan KAFA.
“Saya percaya mereka yang berpindah ke pasukan lain juga dapat benda sama dengan pasukan baru mereka... apakah KAFA nak kena samakan pemain yang setia dengan pasukan dengan pemain yang lompat untuk mencari wang lebih semata-mata,” katanya, semalam.
Bagaimanapun, Annuar tidak menjelaskan sebarang bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Akmal Rizal yang juga bekas pemain kebangsaan itu.

SUMBER : Berita Harian