Kenapa Subject Add Math susah sangat?

Matematik Tambahan mula diperkenalkan di dalam sistem pendidikan negara kita ini sejak selepas merdeka lagi. Biasanya sesiapa yang diletakkan di kelas Sains atau yang belajar kejuruteraan, mereka perlu mengambil subjek ini, walaupun sebenarnya Matematik Tambahan (Add Math) bukanlah subjek teras untuk lulus SPM.

 

Ramai yang tidak suka subjek Matematik Tambahan di sekolah kerana :-

i.) Aku dah masuk kelas Sains, kenalah ambik….

ii.) Subjek yang susah bangat, cikgu ajar ape pun aku tak paham-paham.

iii.) Ngajar dalam bahasa Inggeris. Macam mana nak paham?

iv.) Subjek inilah yang paling banyak kelas tambahan selepas waktu sekolah. Tapi tak paham-paham juga.

 

Saya pun dulu begitu juga.. Subjek ni pun masa SPM dulu dapat cukup-cukup makan je.. Tapi selepas masuk ke UTM selepas itu, baru saya tau bahawa subjek Add Math ni begitu penting sangat, terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan kejuruteraan. Memang tidak ada cara lain untuk berjaya dalam Add Math ni.. Berlatih dan terus berlatih,