Indonesia 5- 1 Malaysia? Apa ni?

 

image

 

Agak terkejut juga apabila mendapat berita skuad Malaysia bimbingan K.Rajagobal kalah besar dengan tuan rumah Indonesia dengan jaringan besar pulak tu. Apakah secara taktikalnya ada yang tak kena dari segi perancangan, formasi serta barisan pemain yang diturunkan semalam?

 

Walaupun Malaysia sebenarnya mendahului di depan ketika itu (jaringan Norshahrul pada minit 18), tetapi mungkin juga gol sendiri 4 minit kemudian (Asharuddin Putra Omar)  telah menjatuhkan moral ke semua pemain di atas padang.

 

Nampaknya Rajagobal kena cari cara lain untuk menang dalam 2 lagi perlawanan (menentang Thailand dan Laos). Dah kena belasah 5, satu pengakhiran yang buruk untuk Malaysia bagi tahun ini.