Iktibar daripada kes bunuh pelajar perempuan di Batu Pahat

image

Dua hari lepas, seklai lagi berita yang tidak sedap didengar disiarkan melalui akhbar tempatan dan televisyen tentang kes pembunuhan seorang pelajar perempuan tingkatan 2 SMK Tengku Putra, Tongkang Pechah, Siti Mazni Abdul Rahman.

Siti Mazni dipercayai dibunuh pada petang 17/12/2010 selepas meninggalkan rumah neneknya untuk keluar menemui rakannya. Sudah 6 suspek kini ditahan untuk membantu siasatan terhadap kes pembunuhan Mazni.

Apa yang sebenarnya berlaku pada petang Rabu itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu dan kes ini masih di dalam siasatan polis Batu Pahat. Ironinya, kes jenayah bunuh remaja ini semakin lama semakin meningkat dan penglibatan pelajar sekolah untuk membunuh pelajar sekolah lain (disebabkan cinta segi tiga atau cemburu) amat dibimbangi.

Untuk kes bunuh yang melibatkan orang di bawah 18 tahun, perlukah mereka didakwa atas kes juvana? Lebih bagus undang-undang yang sedia ada disemak semula. Lagi bagus kes ini disiasat mengikut KANUN KESEKSAAN sahaja.

Sebagai iktibar, kepada sesiapa yang dah remaja belia atau yang mempunyai anak remaja, pantaulah anak  masing-masing tentang kegiatan dan aktiviti luar mereka. Jangan terlalu percaya kepada anak masing-masing secara total.