Di antara Masai dan Kota Masai

image image

Masai, Johor merupakan sebuah pekan kecil yang wujud sejak zaman merdeka lagi. Pekan Masai menghubungkan Pasir Gudang di sebelah selatan, Bandar Seri Alam dan Plentong di sebelah utara. Pihak Berkuasa Tempatan yang mentadbir pekan Masai ini di bawah seliaan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT).

 

Apa yang ada di pekan kecil ini? Hmm tiada apa yang special sangat pun pekan kecil ini. Di sini terdapat sebuah pasaraya Kipmart, mini Holiday Plaza (tetapi sudah tidak lagi beroperasi) dan beberapa pusat hiburan mini yang menjadi tumpuan para pekerja asing dari Nepal atau Bangladesh. Pekan Masai sentiasa sesak ketika pagi dan petang. Sebabnya ramai pemandu-pemandu yang bekerja di Pasir Gudang melalui pekan ini bagi mengelakkan kesesakan di Lebuhraya Pasir Gudang.

 

Jika anda terus sahaja selepas singgah ke Masai tadi, terus sahaja dan anda akan bertemu dengan sebuah taman perumahan selepas melalui 3 traffic light. Anda akan bertemu dengan KOTA MASAI. Dahulu kawasan perumahan ini dinamakan Taman Kota Masai. Taman Kota Masai dibangunkan oleh Focal Aims. Tetapi apabila kawasan perumahan di sini berkembang, sesuai dengan peluang kerjaya yang ada di Pasir Gudang, maka sekarang kawasan perumahan ini lebih di kenali dengan nama Kota Masai sahaja.

image

Tetapi Kota Masai ini bukanlah pengganti kepada pekan Masai lama tu… Kota Masai ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Saya pun pelik, poskod Kota Masai ini ada orang guna poskod Masai, ada yang guna poskod Pasir Gudang. Mana satu yang betul?

 

Saya menulis berkenaan Masai dan Kota Masai ini kerana ramai orang luar masih keliru, di mana sebenarnya Masai dan Kota Masai. Senang sahaja. Kalau nak pergi Masai, ingat saje Kip Mart. Nak ingat Tesco tak boleh, kerana Tesco itu terletak kat Bandar Seri Alam.

Kalau Kota Masai, ingat Pasaraya YOS!!! Itu aje yang ada. Atau pun kalau nak pergi Kong Kong, anda confirm kena lalu Kota Masai tu…