Cita-cita

Bercakap tentang cita-cita, semua orang ada cita-cita masing-masing. Daripada kecil lagi kita telah dipupuk dan diajar supaya mempunyai cita-cita yang tersendiri, terutamanya kerjaya. Pada zaman sekolah dahulu, sejak darjah 2 lagi cikgu mula mengajar apa itu kerjaya, sama ada menjadi guru, bomba, doktor, nelayan dan apa juga kerjaya…

 

Saya masih teringat pada zaman sekolah dulu, terutamanya bahasa Inggeris, apabila cikgu bertanya “what is your ambition?”

Saya jawab : Postmen, teacher!!!

Cikgu pula berkata : “Postmen, really you?, Did you know what is postmen?”

Saya jawab : “Postmen is take picture, teacher?” jawab saya dengan selamba kodok, tak tau sebenarnya masa itu posmen itu apa..

Kalau diingatkan balik, saya jadi ketawa sendiri. Nak jadi posmen konon???

image

Eh, best apa jadi posmen. Kerja hantar surat aje dari pukul 9 sampai 4, lepas tu dah…

Itulah jawapan saya yang pertama kepada guru saya berkenaan dengan cita-cita.

Bagaimana dengan kawan-kawan semua? Apa cita-cita anda dulu masa first2 sekali masa kat sekolah?