Cerita Bolasepak adalah cerita no 1 di Malaysia

image

 

Jika bercerita tentang bolasepak Malaysia, rasanya 2 atau 3 hari memang tak abis. Di mana-mana sahaja sekarang, cerita bolasepak adalah cerita nombor 1 di suratkhabar, berita TV dan juga berita-berita di internet. Bolasepak di Malaysia adalah cerita nombor 1 untuk hari ini dan kejayaan Malaysia menumbangkan Indonesia 3-0 menjadi berita dan buah mulut utama. Sama ada di tempat kerja, warung kopi dan tidak ketinggalan juga, di surau.

 

Kita tidak boleh menyalahkan orang kita, walaupun perlawanan akhir itu akan berlangsung secara timbal balik, tetapi orang di Malaysia mengharapkan yang pasukan bolasepak kebangsaan akan mampu membawa pulang piala keramat (Piala AFF Suzuki, dulunya dikenali sebagai Piala Tiger) yang sudah lama menjadi idaman sejak kali pertama Malaysia memasuki perlawanan akhir pada tahun 1996.

 

Walaupun berlaku insiden pancaran laser yang dipancar kepada muka Markus (saya rasa muka dia sorang je yang kena), tetapi semangat juang pemain Malaysia pada malam tadi amat mengagumkan saya.

 

Diharap semangat dan mental pemain Malaysia untuk malam ini akan sehebat malam semalam, kerana bermain di Stadium paling keramat Indonesia (Bung Karno) tidak semudah bermain di Bukit Jalil. Pemain Malaysia bakal digempur habis-habisan olehpemain Indonesia sambil mengharapkan ‘magic’ atau ‘miracle’ bagi memenangi perlawanan ini. Mereka akan menggunakan pelbagai helah, sambil provokasi yang akan dilakukan oleh penyokong di sana.

 

Malaysia Boleh!!!!