Bila tak ada idea nak menulis, apa yang anda akan buat?

Biasanya perkara di atas pasti akan berlaku pada mana-mana penulis blog dan dengan tiada apa yang hendak ditulis, otak semakin buntu dan meungkin juga kepenatan, maka ada ketikanya anda perlu melakukan suatu benda yang lain bagi menenangkan otak dan kepala kita.

 

Yelah kan, kalau asyik duduk lama-lama kat PC atau di laptop, confirm mata semakin hari semakin blur. (kabur @ rabun).

 

Apa kata jika anda…

1.) Jika anda pandai bermain instrument muzik, (contohnya piano atau gitar), mainkan satu lagu kegemaran anda, Kalau boleh sendiri nyanyi pun bagus.

 

2.) Pergi berjogging sekejap dekat luar sana atau pun ambil riadah sekurang-kurangnya satu jam sehari. Bagi melancarkan perjalanan darah di kepala dan seluruh badan daripada berbeku kat badan. Jika tidak, tak pasal-pasal anda kena berbekam (buang darah kotor kat badan).

 

3.) Pergi ke web sosial atau forum. Tetapi tidak digalakkan sangat sebab anda akan terjebak 1 ke 2 jam tanpa menulis apa-apa pun di blog.

 

4.) Pergi ke karaoke kejap nyanyi satu 2 lagu. Pastikan suara anda sungguh merdu jika anda berkaraoke di rumah.

 

5.) Paling bagus, pergi baca Al Quran atau mengaji satu dua surah dan membuat hafalan ayat-ayat suci. Daripada tak de buat ape-ape untuk menambahkan pahala. Jarang saya dengar penulis blog yang bila tak de idea aje, baca Al Quran.

 

Itu adalah di antara 5 cadangan saya apabila kita tak ada idea untuk menulis. Anda bagaimana?