Apa yang menarik di hari Sabtu?

Apa yang menarik pada hujung minggu kita terutamanya pada hari Sabtu? Saya percaya bagi mereka yang sememangnya tiada halangan untuk bercuti pada hari Sabtu, inilah hari yang paling indah untuk mereka bersantai di hari Sabtu. Alangkah bertuahnya anda yang dapat bercuti pada kedua-dua hari di hujung minggu ni (Sabtu dan Ahad).

 

Di hari Sabtu ini, sesiapa yang sudah berkahwin dan jarang ada di rumah sebelum itu, hmm inilah masanya untuk melakukan hubungan yang lebih intim di pagi hari selepas waktu subuh. Jangan nak tipu le…

 

Ada juga yang akan melakukan pembersihan atau mengemaskini rumah masing-masing. Sampah yang sepatutnya tiada di dalam rumah, perlu dibuang bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di dalam rumah, contohnya lipas dan tikus masuk di rumah serta bau yang kurang menyenangkan.

Apa yang penting. … kerjasama…

 

Pada hari Sabtu inilah, anda mungkin juga boleh berjogging atau bersenam ringan di tempat-tempat yang disediakan untuk berjogging dan beriadah. Inilah masanya kita mengeluarkan peluh dari mendak jadi lemak berkrim dan menjadi selulit di kulit-kulit kita.

 

Bagi yang tidak dapat bercuti pada hari Sabtu.. Hmm jangan marah yee… Tapi masalahnya aku sendiri pun kena kerja hari Sabtu.. Macam mana tu…?