Sampai bila?

Kadang kala di kepala otak dan minda saya berfikir, sampai bilakah kita yang selama ini bekerja dengan hanya makan gaji dengan orang lain, cuba merasa sendiri gaji kita sendiri?

Kenapa saya berfikir begini?


Ramai yang sudah membuktikan daripada makan gaji dengan orang lain, lebih baik kita belajar untuk jadi boss pada diri kita sendiri. Daripada duduk di ofis atau di kilang-kilang dengan tekanan kerja yang melampau, kerenah birokrasi di dalam ofis atau terpaksa balik lewat malam, apa kata kalau kita pula jadi boss pada perniagaan kita sendiri.

Saya tahu diluar sana banyak blog-blog atau website yang menceritakan tentang perihal bekerja sendiri terutamanya dengan kemajuan teknologi internet dan broadband, maka sudah ramai pula yang berani membawa ke tengah tentang tips-tips bisnes di internet. Banyak juga seminar-seminar tentang perniagaan online ini. Blogshop-blogshop yang sempoi juga mula tumbuh bagaikan cendawan, mengatasi penjualan ebook atau perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan melalui internet.

Berbalik kepada gaji kita sendiri, bilakah agaknya masa untuk kita bertindak untuk mengubah diri kita daripada kerja makan gaji kepada mempunyai pendapatan sendiri? Dahulu saya bercita-cita untuk membuka perniagaan secara online, tetapi oleh kerana masa yang kadangkala amat sedikit, maka saya tinggalkan dahulu perancangan saya yang asal.

Insya-Allah, kalau saya diberi peluang, saya mahu menumpukan terus pembangunan web jualan untuk diri saya sendiri sambil mahu menjenamakan semula blog saya.

Doakanlah untuk saya.