Penjenamaan semula blog!!!

image

 

Tidak ramai yang mengetahui bahawa selain menulis di blog masing-masing, tidak kiralah sama ada blog anda berbentuk peribadi, berbentuk ilmu, agama, kereta racing dan sebagainya,penjenamaan blog adalah salah satu kategori yang perlu diambil kira.


 

Apa yang dimaksudkan dengan penjenamaan blog?

 

Kita ambil contoh blog peribadi. Saya lihat tidak ramai penulis blog peribadi yang ambil kisah berkenaan dengan penjenamaan, kerana menganggap blog mereka adalah penulisan yang peribadi semata-mata. Tetapi pada masa yang sama, masih mengharapkan blog mereka diikuti (follow) dan juga komen dari pembaca luar. Jika anda bernama Hashim sebagai contoh dan suka menulis blog, beliau langsung tidak memikirkan tentang nama blog tersebut. Hanya sekadar meletakkan nama dia sahaja ( Hashim Marman), sudah tentu blog beliau agak sukar untuk mendapatkan trafik kerana berapa ramai penulis blog yang bernama Hashim Marman?

Sebagai penjenamaan semula, Hashim perlulah menukarkan jenama blog beliau kepada nama yang lebih menarik. Contohnya “Hashim The Skywar!'”, “Hashim the Typwritter”, “Hashim the Speaker of Voice” dan sebagainya. Dari situ sekiranya Hashim dapat mengekalkan penjenamaan ‘Hashim The Skywar’, sampai bila-bila pun orang akan mengingati blog Hashim tadi.

 

Satu lagi elemen yang penting ialah templates blog itu sendiri. Saya perhatikan ramai juga otai-otai blog yang sudah pun menukar templates masing-masing kepada yang lebih segar dan sedap mata memandang. Contohnya Blog peribadi Ben Ashaari (Sekadar Bermain Di Pinggiran), saya rasa dah berapa kali beliau menukar templates.

 

Saya harap penulisan saya kali ini dapat membantu penulis blog bagi memikirkan idea bagi menjenamakan semula blog anda sendiri, kerana saya yakin anda memang mahu lama di arena blog ni….