OrangTerengganu : The Voice Of a Terengganu Girl

orangterengganu

Kebetulan di malam yang dingin dinihari kerana hujan di tengah malam, mata saya sempat terpaku pula pada sebuah blog yang penuh dengan warna hijau muda cair ini. Blog apakah ini?

 

Blog ini kurasakan masih baru di persada rangkaian blog berbahasa melayu, ditulis oleh cik (mungkin) Kmar. Nama penuhnya tidaklah saya tahu kerana beliau tidak memberikan nama yang biasa.

 

Saya cuba tekalah…! Kamariah kot? Takkan Kumaresan pulak? (Maaflah Kmar. Gurau aje)

 

Jangkaan saya yang blog ini baru adalah salah sama sekali. Blog ni dah pun berusia 3 tahun, dilahirkan pada tahun 2008 dan sehingga kini ada lebih kurang 200 post yang ditulis oleh Kmar (Maaf sekali lagi kerana saya malas nak kira berapa posting awak)

 

Ulasan saya berkenaan dengan blog Kmar ni.

1.) Warna hijau muda memang sesuai dengan pemilihan template dan susunan kotak-kotak kecil untuk menempatkan biodata dan iklan-iklan.

 

2,) Penulisan Kmar lebih banyak berbentuk informasi. Apapun saya lihat beberapa post beliau yang sebelum ni banyak pada resepi kek sahaja. Resepi masakan Terengganu macam tak de le pulak.

 

3.)Walaupun sudah berusia 3 tahun , tetapi follower blog beliau masih tidak ramai. Apa kata kita jadi follower di blog ni, kerana penulisan Kmar ni tidak meleret-leret dan sedap untuk di baca.

 

Blog beliau boleh dilawati di alamat ini ==>  http://orangterengganu.blogspot.com

 

OKlah. Bulan ni blog Kmar menjadi ‘mangsa’ ulasan saya. Mungkin selepas ini blog anda pula akan direview oleh saya.

 

* Jika anda suka pada artikel ini, silalah komen atau beri pendapat anda. Terima kasih