Legasi Banner pada blog

Untitled11

 

Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa blog berbahasa Melayu yang semakin rancak membuat beberapa perubahan pada banner masing-masing. Selain banner, saya perhatikan ramai penulis blog sudah mula menggunakan platform selain daripada Blogger dan Wordpress. Contohnya menggunakan TypePad atau Multiply. Itu terpulang kepada kesesuaian dan keselesaan masing-masing.


 

Beberapa blog yang saya lawati mempunyai banner yang bagi saya amat menarik. Ada juga banner yang agak kurang ceria atau terlalu kusam (Bagi pendapat saya). Apa sebenarnya tujuan banner pada sesuatu blog?

 

Banner ni bolehlah dikatakan sebagai sebuah ‘mercu tanda’ kepada sesebuah blog. Lihat sahajalah gambar yang saya klipkan di atas. Blog MelRomeo yang baru saya ‘follow’ pada malam tadi boleh dikategorikan sebagai banner yang amat menarik kerana kreativiti pemiliknya. Selain itu, banner ni lah yang akan meninggalkan kesan (legasi) yang mendalam kepada mereka yang kerap berkunjung ke laman blog yang mereka sertai. Pasti tiap-tiap hari ada sahaja yang akan datang melawat ke blog anda, hanya kerana bannernya yang mengancam.

 

Membuat banner sebenarnya bukanlah susah. Hanya perlu pandai menggunakan program atau software grafik yang sesuai. Jika anda tidak pandai menggunakan Adobe Photoshop, sebenarnya anda hanya boleh membuat banner menggunakan standard Paint yang ada pada Window XP atau Window 7. Jika susah sangat, upah sahaja orang yang boleh mereka banner untuk blog anda, asalkan sesuai dengan tema serta templates.

 

Untuk saya pula…, hmm banner yang sesuai belum lagi tersedia. Insya-Allah akan ada banner yang mengancam sama seperti bammer MelRomoe tu…