Kunci DUIT anda (Miss JuJu)

image

Sekadar berkongsi pendapat anda tentang artikel dibawah, ditulis oleh Miss JuJu dari MalaysiaRia

Salam sejahtera,
Tajuk hari ini ialah kunci duit, jangan biar duit anda lesap. Kalau anda ada 'kunci' yang bagus, keadaan kewangan anda pasti sihat. Kunci terbaik ialah jangan tambah hutang. Langsaikan dulu hutang sekarang jika boleh dan jangan tambah hutang anda. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang. Jangan mudah terpedaya dengan skim belian ansuran, kemudahan kad kredit dan sebagainya. Beli hanya yang perlu, tangguhkan atau batalkan pembelian yang bersifat 'kehendak' dan bukan 'keperluan'.
Jimat + alternatif = kunci duit


Berjimat adalah perkara senang tetapi diabaikan. Bukan bermakna anda kedekut, tetapi berhemah. Contohnya belian ubat gigi, cari semasa harga promosi seperti pembelian 2 percuma 1.
Begitu juga dengan barangan lain, cuba cari alternatif yang lebih murah, contohnya anda boleh berjimat dalam pembelian kasut Adidas dengan pembelian di rangkaian al-Ikhsan berbanding di butik Adidas sendiri. Anda juga boleh memilih alternatif jenama lain yang lebih murah. Jadi alternatif bukan sahaja aspek tempat pembelian tapi juga fungsi/tujuan dan banding harga. Jika tujuan atau fungsinya sama, mengapa anda bayar lebih hanya kerana jenama?
Ada sesetengah perkara jenama penting, tapi banyak yang tak penting. Contohnya apa perlu jenama untuk pisau cukur, pen, wallet? Untuk fungsi yang biasa, anda boleh berjimat dengan mencari alternatif.
Anda jangan pandang remeh tentang 2 perkara penting ini, kerana inilah antara rahsia bagaimana orang kaya kekal kaya! Lakukan sedikit tinjauan sebelum membeli.

Kisah teladan
Pernah satu ketika seorang hartawan menaiki kapal terbang kelas ekonomi yang biasanya diduduki oleh orang-orang biasa. Tidak sesuai langsung dengan status nya seorang hartawan terkenal. Lalu ditanya kepadanya, kenapa tuan tidak menaiki kelas pertama tetapi memilih kelas ekonomi sedangkan tuan seorang yang kaya? Jawapannya ringkas dan bermakna, "Sebab itulah saya kaya".
Anda nampak jawapannya, walaupun lebih dari mampu, tetapi dia memilih untuk menjadi orang kebanyakan dan itulah kunci bagaimana dia menjadi kaya, hanya kerana dia mengamalkan JIMAT dan ALTERNATIF. Alternatif yg dimaksudkan ialah, tujuannya ialah sampai ke destinasi, yang mana adalah sama jika dia menaiki kelas pertama atau ekonomi, keduanya membawanya ke destinasi yang sama. Jadi dia memilih alternatif melalui fungsi/tujuan dan banding harga. Bila lagi anda mahu bertindak sepertinya?

Bagaimana menambah duit anda?
Nilai dulu keadaan kewangan anda, dan cuba akses kemampuan anda melalui catatan perbelanjaan bulanan. Setelah itu bincang dengan pasangan anda bagaimana keluarga anda boleh berjimat. Ketahui bagaimana cara anda boleh kawal dan optimasi kan wang bulanan anda.

Motivasi dari Dr Irfan Khairi
Tiada cara untuk cepat kaya. Disebabkan ramai orang fikir boleh cepat kaya, ramai tertipu dengan skim-skim di internet dan bukan internet. Bila tertipu dengan skim sebegini, bukan sekadar wang ringgit sahaja lebur, tetapi masa dan usaha kita sebelum ini memperolehi wang ringgit tersebut. Tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.
Billionaire terkenal seperti pengasas IKEA Ingvar Kamprad bawa kereta Volvo berusia 15 tahun, orang terkaya dunia Warren Buffet tinggal di rumah 5 bilik yang dibelinya 50 tahun lalu, John Caudwell dan David Cheriton gunting rambut sendiri di rumah sahaja. Kalau billionaire pun berjimat cermat, kita yang bukan billionaire takkan belanja sakan bukan?

Selamat mencuba