Iklan menjadi kaya yang sengal????

FLB penipu
Oleh kerana saya ini juga kerap meninjau web-web yang berkaitan dengan perniagaan atau menjana pendapatan sampingan, saya pun terperasan sebuah halaman web yang satu ni. Web ini telah dikategorikan sebagai web scammer oleh beberapa web yang berbentuk forum, diantaranya forum CARI, WANGCYBER dan tidak lupa juga NOGOLD.


Web yang saya maksudkan ini ialah web yang menjual panduan untuk menjadi kaya tanpa usaha. Tengok ajelah tagline dia kat gambar di atas tu….
RAHSIA ORANG MALAS JADI KAYA!

Bagi sesiapa yang malas bekerja tetapi mahu wang tiap-tiap hari masuk ke akaun bank, inilah webnya.

i.) http://sumberpendapatan.com
ii.) http://formulaluarbiasa.com

Kenapa saya bagi dua alamat sesawang sekali? Kerana kedua-dua web ini ditulis oleh orang atau individu yang sama, mengaku dia adalah jutawan siber dan juga perancang kepada kedua-dua sumber web tadi. Kalau anda klik pun pada kedua-dua web ini, ia akan menuju ke tempat yang sama sahaja. (Kerana ia adalah web yang sama)

Jika anda menjenguk web ini untuk kali pertamanya, saya nasihatkan anda jangan meletakkan email address anda ke dalam box yang disediakan. Kononnya pemilik web ini mahu memberikan laporan percuma. Ayat dia “"Rahsia RM245,752 Dari Rumah! " bernilai RM97 PERCUMA sekarang!” adalah cara untuk memikat bakal pelanggannya (ataupun mangsa seterusnya).

Tetapi jika anda mahu cuba mendapatkan laporan percuma, anda bolehlah meletakkan email address ke dalam box yang disediakan. Silalah buka email anda dan anda pasti berasa tertipu. Biasanya jika anda memberi alamat emailpada website seperti ini, anda akan mendapat maklumbalas yang mereka telah menyediakan link untuk mendapatkan laporan percuma tadi. Tetapi rasa macam betul-betul kena tipu. Linknya bukanlah sebuah laporan. Malah tak de pun link laporan percuma seperti yang dinyatakan pada halaman web ini.
Inilah link dia :  http://sumberpendapatan.com/rahsia
Untitled1


Apa pendapat anda selepas klik pada link di atas?

Soalan saya yang seterusnya. Apa formula luar biasa yang diwar-warkan oleh si Nizam tu? Boleh percaya ke setakat tidur kat rumah, boleh dapat RM500 sehari? Macam ni ramai le orang malas kat Malaysia ni?

Kononnya FLB ini adalah sebuah sistem. Dipendekkan cerita, sebenarnya konsep FLB ni sekiranya anda join, anda kena promote semula sistem FLB ni.. Macam kerja bodohlah pulak. Beli sistem, tetapi lepas tu kena promote pulak. FLB ni ada webnya sendiri sebagai rujukan ( http://shamxo.com)

Hairan, sebelum ni web Shamxo.com boleh diakses, tetapi malam tadi bila saya cuba menerjah web ni… hmmm jawapannya memang haprak le… Web ni dah ditutup dahh.. Ingat nak kutuk lebih..

Kepada mereka yang mahu menyertai skim atau formula luar biasa ni, rasanya batalkan sahaja niat anda tu… Tak de maknanya… Carilah rezeki yang diredhai olehNya, bukannya dengan penipuan.

Web link dibawah ni, saje je saya nak bagi.. Di antara modus operandi penipuan mereka.

http://www.kaya4semuo.com/uploads/8/3/1/0/831039/empayar_jutawan.pdf

Akhir sekali, kenapalah bangsa kita ni suka sangat nak menipu sesama sendiri? Tak malu kaaaa….!!!