Elakkan bertengkar saat berbincang soal wang dengan pasangan.

Sekiranya anda seorang yang suka berjimat tetapi isteri/suami anda pula seorang yang suka berbelanja (tampa mengira kedudukan kewangan), maka anda perlu mencari jalan dari keadaan perbelanjaan dan kos sara hidup yang semakin tinggi.

 

Masalah yang timbul disebabkan wang ini perlu dibincangkan suami isteri. Tetapi apa yang kerap berlaku di sini, biasanya apabila berbincara berkenaan denga wang, maka berakhir dengan pertengkaran. Masing-masing menyalahkan pasangan atas kesempitaam wang yang dialami.

 

Sikap individu terhadap wang juga bergantung kepada jantina. Lelaki mungkin lebih berani menghadapi risiko, menyebabkan mereka ini menganggap tabung macam tak perlu, tetap bergaya walaupun poket tak berisi dan tidak ada pendapatan tetap pun , ada yang jenis tak kisah pun.

Tetapi bagi perempuan pula, wang adalah suatu keselesaan. Memiliki keperluan tetap dan tabung merupakan suatu kemestian, walaupun yang menabung itu bukan dirinya sendiri. Jika tiada pendapatan bagi pihak suami, si isteri yang sebenarnya lebih cemas.

 

Jadi bagaimana nak berbicara pasal wang tanpa bergaduh sesama pasangan?

i.) Cari waktu yang sesuai.

Pastikan masa untuk membangkitkan isu wang ni dilakukan pada ketika waktu tenang atau pun ketika waktu bersantai. Kalau boleh cari waktu yang khusus, contohnya selepas anak dah tidur malam dan anda berdua pun tidak terlalu penat.

 

ii.) Tunjukkan niat baik.

Ketika anda mengajak pasangan berbicara tentang kewangan keluarga, dorong pasangan untuk bersikap seperti anda juga. Mulakan dengan bercerita tentang keterbukaan orang tua anda berbicara tentang kewangan keluarga. Selepas itu kemukan keinginan anda berbicara soal wang.

 

iii.) Jujur pada diri sendiri

Terutama pada apa yag anda rasa. Jika anda isteri yang bekerjaya dan gaji ynag besar, anda tetatp ada ketakutan memikul tanggungjawab dalam soal hal pengeluaran. Jujurlah pada suami / isteri tentang apa yang anda risaukan dan kemukakan alasan anda (berasa takut dan bimbang). Kemudian ajak pasangan untuk memikirkan bersama sebaiknya tentang kewangan yang dikendalikan bersama.