Bila tiada orang mahu klik iklan anda?

image

 

Sejak kewujudan beberapa syarikat pengiklanan “online” yang memberi peluang kepada bloggers bagi menambah pendapatan sampingan, maka wujudlah bermacam-macam ragam blog yang menambahkan keceriaan di dunia maya ni… Pendek kata, ada yang melanggan bersama Nuffnang, Adverlets, Innit dan Google Adsense. Semua ini menambah keseronokan penulis blog untuk meningkatkan mutu penulisan blog.Terutama sekali blog berbahasa Melayu.

Selain iklan berbentuk klik impression, ada juga yang masuk iklan yang berbentuk skim mudah “dapat duit” seperti Dapatwang.Com yang menawarkan pendapatan hanya melalui klik, menyertai affiliate (menjual produk orang lain), pay per lead dan sebagainya yang memberi pendapatan pasif melalui blog.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penulis blog yang patah hati untuk terus menulis, terutamanya bagi mereka yang bermula untuk menulis.

 

Kenapa mereka terus tidak menulis?

 

Di antara alasan mereka sudah patah hati menulis ialah apabila mereka memeriksa jumlah pendapatan mereka seperti di Nuffnang atau Adverlets, jumlah pendapatan mereka terlalu sedikit. Walaupun blog mereka dilawati sebanyak 200 kali, tetapi pendapatan pada hari tersebut adalah sekitar RM2 sahaja. Daripada 200 orang, mungkin hanya 20 orang sahaja yang klik pada iklan yang disiarkan oleh syarikat pengiklan tersebut. Selepas itu, mereka terus patah hati untuk terus menulis kerana bengang dengan hasil yang tidak seberapa.

Ketahuilah wahai penulis blog, sebenarnya banyak lagi cara kita boleh menambahkan pendapatan melalui blog masing-masing tanpa perlu bergantung pada iklan berbentuk klik impression. Kita tidak boleh mengharapkan yang kesemua 200 orang tadi akan klik pada iklan Nuffnang atau pun Adverlets. Sebab tidak semua orang datang ke blog semata-mata untuk klik iklan sahaja.

 

Apa yang penting, pengisian blog anda. Apakah target pembaca blog juga perlu diambil kira bagi meningkatkan kualiti blog, gaya penyampaian, gaya penulisan dan apa juga yang berkait rapat dengan blog anda sendiri. Dari situ anda kana berasa anda akan terus menulis tanpa mengharapkan wang semata-mata.

 

Untuk menambah pendapatan di blog, anda perlu mempelbagaikan bentuk pengiklanan tanpa perlu bergantung kepada iklan klik impression ni. Contohnya anda mungkin boleh menawarkan beberapa partisi di bahagian blog untuk disewa, katakanlah anda memberi sewa sebanyak RM15 sebulan. Jika anda mempunyai 10 petak, anda sudah pun mempunyai nilai blog sebanyak RM150 sebulan. Anda juga mungkin boleh joint venture dengan beberapa bloggers yang lain untuk ‘menjual’ produk yang ditawarkan melalui blog atau pun boleh juga sekiranya anda menjual produk anda sendiri melalui blog.

 

Bagi penulis blog yang baru, teruskan usaha anda untuk terus menulis.