Berkunjung ke Sarang Buaya, Pasir Gudang

DSC00863

 

 

Pada Isnin lepas, sempena cuti umum untuk negeri Johor (hari keputeraan Sultan Johor), saya bersama isteri dan anak saya berkunjung ke tempat di mana buaya-buaya dikumpulkan. Nama tempat ini ialah Sarang Buaya. (Sanitari Sarang Buaya).

 

Sarang Buaya ini dtadbir selia oleh pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan terletak berdekatan dengan pelabuhan Tanjung Langsat.


 

Untuk pergi ke Sarang Buaya ini, jika anda datang dari arah Johor Bahru, anda mesti mencari susur keluar ke Lebuhraya Pasir Gudang dan anda hanya perlu terus sahaja sehingga sampai di Tanjung Langsat. Itu adalah jalan yang paling senang untuk ke sana walaupun sebenarnya bagi saya agak jauh sekiranya terus menggunakan Lebuhraya Pasir Gudang.

 

Satu lagi caranya ialah anda menggunakan Lebuhraya E22, masuk dari Senai dan keluar ikut Plaza Tol Cahaya Baru. Dari Plaza tol itu anda senang-senang dah sampai pun ke Tanjung Langsat.

 

Apa yang menarik di Sarang Buaya ni? Sudah tentulah ada buaya. Mana ada haiwan lain di Sanitari Sarang Buaya selain buaya semata-mata.

 

Walau bagaimanapun, tidak semua kolam di dalam Sarang Buaya ini ada buaya sepenuhnya. Menurut penjaga Sarang Buaya di sini, proses untuk mengalihkan buaya-buaya yang ada ke kolam yang lain agak mengambil masa kerana bergantung pada saiz buaya serta cuaca.

 

DSC00864

Gambar 1 : Konkrit serta kolam buaya. Buaya hanya ada pada kolam tertentu, yang ada jaring hitam.

 

DSC00865

Gambar 2: Kolam pertunjukan, cuma ada seekor sahaja buaya yang sedang ternganga besar di situ

DSC00866 DSC00871

Kebanyakan buaya yang di tempatkan di sini adalah buaya tembaga. Tidak terdapat pula buaya putih. Untuk pengetahuan anda, umur buaya yang ada kat sini paling tua ialah 4 tahun, paling muda adalah 2 atau 3 hari juga. Sebab itulah buaya-buayanya agak kecil. Nak cari buaya sebesar Bujang Senang kat sini memang tak ada.

 

 

DSC00881  DSC00882

 

  DSC00891 

Sekitar kolam buaya ni juga terdapat pohon bakau di dalamnya.

  Saya tak sempat nak beraksi dengan buaya-buaya ni disebabkan faktor keselamatan. Ye le kan.. semua buaya kat dalam kolam dan sudah di pagar. Oleh itu, saya ambik buat aksi sendiri le dengan anak.

 

DSC00869 DSC00870

Lupa nak bagi tau ni.. tiket untuk masuk ke Sanitari Sarang Buaya di Tanjung Langsat,Pasir Gudang ni berharga RM4 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak. Cuma yang tak sedapnya jalan untuk masuk ke Sarang Buaya ni semuanya masih berbatu-batu kerana belum berturap serta masih di dalam pembinaan. Kalau hendak meletakkan kereta, jika tidak mahu parkir di kawasan berbatu anda terpaksa memilih untuk parkir di kawasan Pantai Pasir Layar.