Ben Williams bagi 3 kad merah kepada Malaysia

 

image

Inilah wajah dan tubuh referee yang bernama Ben Williams, berasal dari Australia yang telah mengubah suasana perlawanan yang amat tegang dalam perlawanan bolasepak Sukan Asia di antara Malaysia dan China yang berkesudahan tuan rumah China menang ke atas Malaysia dengan jaringan 3-0

Dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi, pemain Malaysia telah dilayangkan 3 kad merah oleh pengadil ni. Pengadilan dia memang berat sebelah. Yang menariknya, tiada satu pun pemain China yang dilayangkan kad.

Sedikit fakta tentang Ben Williams dan perlawanan di antara China dan Malaysia semalam.(Dipetik dari sebuah forum terkenal di Malaysia)

 

image

Fakta Di Sebalik Perlawanan Malaysia vs China [0-3]
Saturday, November 13, 2010


Ben Williams, pengadil dari Australia mempunyai penyakit batu yang berat sebelah.
Mari kita cerita sedikit fakta tentang perlawanan semalam.


FAKTA 1
China memenangi perlawanan dengan jaringan 3-0


FAKTA 2
Malaysia kalah perlawanan ini dengan mengutip 3 kad merah :
    * Mahali Jasuli
    * Syafiq Rahim
    * S.Kunalan


FAKTA 3
Malaysia memperolehi 5 kad kuning lain :
    * Norshahrul Idlan Talaha
    * Amar Rohidan
    * Asrarudin Putra Omar
    * Muslim Ahmad
    * Fadhli Shas

FAKTA 4
China tidak mendapat sebarang kad kuning atau kad merah :0


FAKTA 5
Mahali Jasuli mendapat kad kuning ketika masih diiawal permainan. Satu keputusan yang jelas menunjukkan niat kurang baik seseorang pengadil. Sepatutnya kesalahan pertama perlu diberikan amaran terlebih dahulu, lagi-lagi kesalahan yang kurang merbahaya.
Mahali Jasuli dilayangkan kad merah kerana hanya menyepak bola yang sudah mati kerana kurang bersetuju dengan keputusan pengadil.


FAKTA 6
Syafiq Rahim sebagai ketua pasukan cuba mendapatkan penerangan daripada pengadil tentang kenapa Mahali dilayangkan kad merah.
Pengadil memberi kad kuning kepada Syafiq Rahim.
Syafiq Rahim bertanya pula, kenapa dia dapat kad kuning.
Pengadil bagi kad merah.


FAKTA 7
Malaysia bermain dengan 9 orang selama 55 minit. Bermain 8 orang pada 10 minit terkahir


FAKTA 8
Individu yang perlu diingat dan dikenang pada perlawanan ini, bukan Syafiq Rahim, bukan juga Rajagopal, tapi  BEN WILLIAMS, pengadil yang mengadili perlawanan semalam.


FAKTA 9
BEN WILLIAMS juga pengadil pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 yang mana Malaysia tewas 0-5 kepada UAE. Perlawanan itu juga dipengaruhi unsur berat sebelah oleh Williams.
Buat pengetahuan, kerana perlawanan ini juga lah jurulatih kebangasaan Malaysia ketika itu, B.Sathianathan mula berputus asa, dan tersembur lah ungkapan 'M-League is not football' dari mulut beliau.


FAKTA 10
Hasrat murni Williams untuk sekali lagi menghancurkan bola sepak Malaysia kali ini tidak berhasil kerana Malaysia tetap layak melalui kuota 4 pasukan di tempat ke-3 untuk layak ke pusingan ke seterusnya.


FAKTA 11
Jadual Suku Akhir yang akan berlangsung 15&16hb ini:
MALAYSIA      VS          IRAN
CHINA            VS          KOREA SELATAN


FAKTA 12
Dengan 3 penggantungan dan 2 pemain masih cedera, Norhafiz Zamani dan Fakri Saari (khabarnya sudah pulih, tetapi belum cergas sepenuhnya), nampak gayanya Malaysia akan berhadapan Iran dengan skuad yang tempang.


FAKTA 13
Apa pun yang terjadi, NEGARAKU, TANAH TEMPAT TUMPAH DARAHKU!

 

Walau apa pun, semangat juang pemain Malaysia pada malam tadi harus kita banggakan. Apa kata kita import semua penyokong Malaysia, terutamanya fans Kelantan untuk menyokong Malaysia pada perlawanan dengan Iran besok?