Banyaknya kenduri…

 

Musim cuti sekolah sudah pun bermula sejak minggu lepas dan pada waktu cuti sekolah biasanya ramai bakal-bakal pengantin sedang menyiapkan persiapan perkahwinan masing-masing. Ada yang sudah pun bersedia dari awal lagi supaya tidak kelam kabut pada majlis yang akan berlangsung tidak lama lagi.

 

Pada masa kenduri ni, jika dapat jemputan dari sesiapa pun… kata orang tua-tua, kita mesti pergi ke kenduri tersebut. Ye le kan… dah dapat kad jemputan tu.. pergi ajelah. Makan bukan kena bayar pun…

 

Apa pun, jika yang berkahwin itu adalah kenalan ataupun kawan rapat anda, apa kata kalau anda pergi membantu ‘merewang’ sekali kat dapur, cuci periuk ke… potong lada ke… selain kerjasama yang dicurahkan oleh anda, pahala pun dapat sebab membantu orang berkahwin ni pun dikira sebagai satu ibadah juga, walaupun hanya memotong bawang. Tak pun tolong cuci pinggan kat belakang rumah pun OK le jugak…

 

Tapi yang menjadi masalahnya… (Masalah saya le jugak..) Dapat 2 kad jemputan yang tarikh persandingan mereka adalah hari yang sama. Cuma bezanya adalah jarak dari rumah masing-masing adalah berbeza. Satu dekat, satu lagi jauh.. Macam mana nak buat tu ek…!!! Mungkin yang dekat, Insya Allah mesti dapat pergi, tapi yang jauh ni… nak kirim kawan bagi hadiah aje ke…? Insya Allh aku mesti pergi yang jauh tu, mana boleh tak datang?

 

Bagi penulis blog yang akan melangsungkan hari bahagia masing-masing, diharap semoga anda berbahagia hingga ke anak cucu. Tapi setakat ni saya tak dapat lagi kad jemputan dari penulis blog…. Semua bujang lagi ke?