Apabila berniaga, janganlah menipu

image

 

 

Seringkali kita mendengar berita yang agak kurang menyenangkan berkenaan dengan ramai peniaga yang suka mengaut keuntungan dengan menipu. Berbagai cara atau taktik yang mereka gunakan untuk menipu pengguna, semata-mata kerana wang ringgit.

 

Paling jijik ialah apabila peniaga menipu dari segi timbangan (biasanya pasar-pasar yang menjual sayuran atau pun ikan). Masih ramai lagi peniaga yang tidak memaparkan penimbang mereka kepada pengguna. Kononnya pembeli tidak perlu tahu jumlah timbangan,

 

Dari segi harga barangan, terdapat beberapa peniaga yang sesuka hati meletakkan harga atas alasan pemborong yang meletakkan harga ataupun kerana tiadanya bekalan di pasaran. Tetapi sebenarnya mereka menyorokkan barangan keperluan bertujuan untuk dijual kepada harga yang lebih tinggi. Barang-barang keperluan seperti gula, tepung dan minyak masak kerap kali dikatakan kurang bekalan. Bab inilah saya rasa agak ‘confuse’. Mana pulak bekalan tak ada, tetapi ada pula di sesetengah tempat.

 

Apa hak kita sebagai pengguna apabila kita berasa tertipu dengan peruncit atau peniaga putar alam seperti ini?

 

Jika anda sebagai pengguna yang berasa tertipu, inilah masanya untuk anda ‘melibas’ balik peniaga putar alam ni. Ada 8 hak pengguna yang perlu anda ketahui, di mana anda boleh gunakan untuk mengenakan balik peruncit atau peniaga yang menipu (jika anda rasa tertipu).

 

Jika peniaga masih berdegil, anda boleh terus melaporkan kepada pihak berwajib seperti di Tribunal Pengguna di negeri masing-masing. Lebih cepat bertindak maka lebih cepat tindakan yang akan dikenakan terhadap peniaga yang bermasalah tadi.

 

Khas untuk peniaga-peniaga semua, tidak kiralah berniaga apa barang pun. Juga kepada peniaga-peniaga yang menggunakan internet sebagai platform. Kalau nak berniaga, biarlah jujur. Janganlah menipu pengguna semata-mata kerana mahu untung. Senang-senang sahaja duit haram yang masuk ke perut.