Raya sudah lebih dari seminggu…! Berapa banyak duit anda habis untuk duit raya?

image

Hari ini Aidilfitri yang disambut sudah masuk hari yang ke-11. Maksudnya sudah nak menghampiri dua minggu sambutan Aidilfitri berlangsung. Rumah terbuka masih lagi rancak di mana-mana. Kawan pun suka juga bila ada sambutan rumah terbuka ni, kita bolehlah mengeratkan tali persahabatan dengan rakan-rakan yang berkunjung di tempat yang sama, serta dengan tuan rumah.

Biasanya kalau dah kata buat rumah terbuka, kita mestilah sediakan duit raya untuk kanak-kanak yang datang beraya ke rumah. Berapa banyak anda sediakan duit raya untuk kali ni.. ? Berapa jumlah nilai yang dirasakan perlu bagi setiap kanak-kanak? RM1 kah? RM5? ke nak bagi 50 sen je…

Bergantung kepada bajet anda sendiri, walaupun anda tidak buat rumah terbuka pun, kita masih perlu menyediakan seberapa jumlah yang kecil untuk duit raya ni.. sebab kanak-kanak ni sedar tak sedar dah ada kat depan  pintu nak beraya ke rumah. So no choice, kita kena sambut mereka sebagai tetamu.

Bajet saya? Dah sediakan untuk duit raya, tetapi bergantung pada tempat tinggallah. Kanak-kanak rinang tak ramai di sini…