No mercun… No raya!!!!

image

Untuk post kali ini, apakata saya nak mengomel pasal mercun pulak. Sebenarnya saya terus terang cakap, “I HATE MERCUN !!!”.

Saya agak pelik mengapa orang-orang kita sangat suka main mercun di Hari Raya. Tetapi mercun ini seawal bulan puasa pun dah berdentum di kampung-kampung atau pun di taman-taman perumahan. Walaupun kerajaan mewartakan yang mercun ni haram, tetapi bila adanya sambutan Aidilfitri ataupun apa juga perayaan, mercun ni tetap berdentum di malam hari.

Yang aku nak marah ni, ada le satu dua manusia yang BAHLOL ni main mercun tu.. kalau main pukul 8 ke 9 malam tu bagi saya OK lagi.. ni main masa orang dah nak tidur… pukul 11 ke 1 pagi main mercun apa hal?

Ada orang mengatakan yang kalau tiada mercun, maka raya tak meriah! Apasal plak? rasanya yang suka sangat main mercun ni tak faham maksud Aidilfitri yang sebenar-benarnya.

Mereka berfikir yang ‘NO MERCUN, SO NO RAYA!!!.

Adakah mereka tidak berfikir yang mercun ni serupa sahaja membakar duit sendiri?

Mercun tu pun datangnya dari China (kebanyakannya). Maka yang menjual atau menyeludup mercun tu yang kaya. Kau pulak bakar duit je pandai.

Mak bapak pun satu hal, lagi digalakkan pulak anak masing-masing bermain mercun. Bila anak dah hilang mata atau putus jari, baru nak menyesal!

So.. cuba raya tahun depan ni, tak payah le kita nak bakar duit sendiri….