Lagu raya Evergreen

Lagu raya manakah yang menjadi pilihan pendengar radio masa kini? setiap tahun banyak lagu-lagu raya baru akan muncul dan dipromosi oleh media sebagai lagu raya terbaik. Tetapi adakah lagu-lagu raya terkini dapat menandingi lagu-lagu raya masa lampau?

Anda sendiri sudah tahu jawapannya. Lagu-lagu raya terkini yang dihasilkan sejak 10 tahun lepas (kecuali lagu Pulanglah nyanyian Aishah) langsung tidak dapat menandingi kebanyakan lagu-lagu raya yang dihasilkan pada 20 atau 30 tahun lepas. Contoh terbaik ialah lagu Dendang Perantau nyanyian P.Ramlee kerap kali dimainkan di stesen radio tempatan sejak hari ke 15 puasa sampailah sekarang. Walaupun ada menyiarkan lagu-lagu raya terkini, para pendengar masih mahukan lagu-lagu raya yang 'EVERGREEN' (malar segar kata orang Singapura) untuk halwa telinga masing-masing sempena menyambut Aidilfitri

Apa yang menyebabkan ramai pendengar masih mahukan lagu-lagu raya yang lama disiarkan di radio-radio tempatan?