Lagi 4 hari nak raya…!!! Apa pencapaian anda di bulan Ramadan kali ini?

image

Sedar tak sedar dan tup tap tup tap, ada 4 hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Dijangkakan Aidilfitri kali ini akan jatuh pada hari Jumaat, 10hb Sept 2010.

Saya pernah menulis sebuah post yang bertajuk :-

Sudah 8 hari puasa. Apa pencapaian anda setakat 8 hari ni..?

 

Ketika itu, Ramadan baru sahaja seminggu. Tetapi kali ini dengan hanya tinggal 4 hari sahaja puasa dan Aidilfitri menjelma, cuba renung-renungkan apakah pencapaian anda sendiri pada Ramadan kali ini.

Adaka anda sudah :-

1.) Berjaya menahan sabar dari segala perasaan marah, melihat perkara mungkar atau mengutuk sesama sendiri?

2.) Adakah anda berasa Ramadan kali ini pahala puasa anda masih banyak yang ‘0’ markah kerana beberapa tindakan dan naluri perasaan anda sendiri?

3.) Adakah anda berjaya melakukan lebih banyak ibadah sunat yang lain, contohnya solat sunat terawikh dan khatam Al-Quran? Rasa-rasanya kebanyakan budak budak muda sekarang kalau yang bab ni memang failed! (Gagal) Ada yang lebih teruk, langsung tak pernah pergi terawikh!

4.) Kerjaya anda terpaksa diutamakan dari ibadat? Zaman sekarang ni kan zaman duit… Kena cari duit lebih kalau nak beraya…. Tak ada duit, tak de raya… Itu yang sanggup buat OT sampai pukul 10 malam, tapi satu ibadat sunat pun tak dapat nak buat.. Mana tak nyee, sampai rumah dah penat… langsung terus bummmmm tidurrrr……

Cuba kita renung-renungkan semula perkara-perkara yang saya tulis tadi… Semoga Ramadan kali ini anda berjaya melakukan lebih banyak perkara-perkara yang sunat dan mendapat pahala yang diredhai-Nya..

Akhir sekali.. Adakah anda sudah membayar zakat?