Intipati dari kutbah Solat sunat Hari Raya

image

Pada Aidilfitri hari yang pertama baru-baru ini, saya melakukan solat sunat hari raya di Masjid Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. Solat sunat Hari Raya bermula pada pukul 8.30AM. Agak ramai jugalah orang yang bersembahyang raya di sini kerana walaupun kebanyakan orang yang tinggal di Taman Pasir Putih ini pulang ke kampung untuk berhari raya, tetapi masjid ini tetap ramai kerana bukan sahaja dari Taman Pasir Putih, tetapi ada juga orang yang datangnya dari Kota Masai dan Bandar Bistari Perdana yang datang bersolat di sini.

Selepas selesai solat sunat hari raya, kita mesti mendengar kuthbah hari rayakan? Walau bagaimanapun, ada sebahagian jemaah dah angkat kaki (keluar dar masjid) sebelum kutbah bermula. Mungkin alasan terbaik yang mereka boleh beritahu kepada kita, kenapa mereka tidak dapat mendengar kutbah:-

i.) Tak dapat nak beraya, kena pergi kerja.

ii.) Ketupat dan rendang belum masak lagi kat rumah.

iii.)Segera nak pulang ke kampung.

iv) Nak seterikakan baju raya kasi ‘string’ lagi.

Terpulanglah. Tetapi pahala sunat hari raya sebenarnya tidak lengkap tanpa mendengar kutbah.Kutbah disampaikan oleh khatib dan juga merupakan seorang imam di Masjid Taman Pasir Putih. Kalau tak silap namanya Pak Imam Mahbob. Dalam kutbah dan penyampaiannya, selalu ada menyebut ‘Ladies & Gentlement’

Apakah intipati kutbah yang saya dapat simpulkan dari kutbah Hari Raya baru-baru ini? (Dan untuk seluruh negeri Johor)

i.) Seperti biasa, apabila menyambut kedatangan Syawal, kita digalakkan untuk menyambutnya dengan penuh kesyukuran kerana hari raya disambut untuk menunjukkan betapa syukurnya kita di hari kemenangan setelah menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Dalam tempoh sebulan itu kita diuji dengan pelbagai dugaan apatah lagi ketika berpuasa. Maka dengan ketibaan Syawal, umat Islam mesti meraikan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran.

ii.) Apabila menyambut Aidilfitri, Islam melarang sama sekali hiburan yang melalaikan. Perkara ini memang ditegaskan dan rasanya setiap tahun perkara yang sama diulang di dalam kutbah

iii.) Ketika kita menyambut Aidilfitri, kita jangan lupa yang ada di sesetengah tempat, ada yang masih berduka bila Aidilfitri menjelma. Contohnya di Pakistan, Iraq dan Palestin

iv.) Bila menyambut Syawal dan setelah selesai solat sunat, kita seharusnya bermaaf-maafan dengan sahabat handai, kaum keluarga atau kepada sesiapa sahaja yang kita kenali di samping mengeratkan silaturahim sesama manusia dengan berkunjung dari rumah ke rumah.

Solat sunat Hari Raya tamat pada pukul 9:20AM (termasuk kutbah dan tahlil)

Saya suka hendak menghuraikan maksud inti pati kutbah pada post yang seterusnya nanti.

Jumpa lagi dan Maaf zahir Batin