Di mana Sharlinie selepas 2 tahun?

image

Kejayaan pasukan PDRM dalam menyelesaikan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain memang patut dipuji kerana jika tidak, lebih banyak kes pembunuhan berprofil tinggi akan berlaku yang melibatkan suspek yang sama.

Tetapi saya tidak berminat menulis kes ini kerana sudah banyak blog peribadi yang menulis perkara yang sama dengan perpektif yang berbeza-beza. Namapun pendapat peribadi.

Bagaimana kes yang masih belum diselesaikan oleh polis sejak beberapa tahun kebelakangan? Anda cuba lihat poster di atas? Biasa tengok?

Sharlinie dilaporkan hilang selepas bermain di taman permainan di Taman Medan, Petaling Jaya pada awal tahun 2008. Walaupun polis cuba mengesan di mana kanak-kanak ni berada, dan juga melalui kaedah tradisional tetapi sudah 2 tahun berlalu, Sharlinie masih gagal dikesan. Dalam tahun yang sama, SMS telah tersebar kononnya Sharlinie ditemui di Kelantan dan Kedah tetapi tiada bukti yang mengatakan dia ada di sana. Bapa kepada Sharlinie siap diugut oleh seorang pembantu rumah warga Indonesia, menyebabkan pembantu rumah tadi dipenjara 7 bulan.

Apa pun, saya masih percaya polis masih belum duduk diam dalam menganangi kes Sharlinie ini. Sama-samalah kita berdoa supaya kes Sharlinie ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat.