Bagaimana kalau kita cuba tidak membazir dan berkunjung ke rumah untuk Hari Raya ini?

image

 

Bagaimana agaknya sambutan hari raya di tempat kengkawan semua. Amat meriah, boleh lee... atau pun kurang meriah?

Berbalik kepada post saya yang terkini, di antara kandungan kutbah Hari Raya ialah menekankan bahawa apabila kita menyambut hari raya, kita tidak seharusnya melakukan banyak pembaziran hanya semata-mata untuk menyambut Hari Raya yang hanya meriah setakat 2 atau 3 hari. Kita juga tidak seharusnya menyambut Hari Lebaran dengan program hiburan yang melalaikan dan pada Hari Raya yang pertama kita digalakkan berkunjung ke rumah jiran tetangga dan sahabat handai untuk mengeratkan ikatan silaturahim.

Apabila saya memandang Hari Raya dari segi beberapa perkara, saya mendapati bahawa kebanyakan orang kita apabila menyambut Hari Raya, kerap kali suka menukar baju raya. Kalau setakat 2 pasang beli.. ok le jugak. Tapi ni ada yang sampai 8 ke 10 pasang baju raya ditempah. Kononnya hari raya mesti disambut hari-hari. Satu hari mesti kena pakai baju yang berlainan.

Berapa biasanya harga baju sepasang? Paling sikit RM60. Paling mahal RM250. Kalau 10 pasang????

Itu baru cerita pasal baju. Belum lagi yang cerita tukar kereta raya atau langsir raya.

Bagi sesiapa yang ada buat rumah terbuka, rasanya tak perlulah nak tempah katering sampai 2 ke 3 ribu untuk menjamu tetamu. Ikutlah pada kemampuan kita sebab kalau buat mahal-mahal pun, bila makanan tak abis, pun boleh jadi membazir juga. Ingat! Membazir adalah amalan syaitan. Bagi mengeratkan silaturahim sesama sanak saudara dan sahabat handai, biarlah rumah terbuka dilakukan secara sederhana sahaja. Melainkan yang anda sememangnya popular di kawasan tempat kejiranan anda.

Tetapi budaya kunjung mengunjungi ini semakin lama semakin terhakis dalam amalan orang kita. Kenapa boleh jadi begitu pula? Salah satu penyebabnya ialah di TV, macam-macam ada. Program hiburan yang menarik dan melalaikan telah mula menyebabkan orang malas untuk keluar rumah. Hanya mengharapkan orang lain pula datang berkunjung ke rumah. Apakata untuk Hari Raya tahun ini, kita simpan TV kita ke dalam stor?

Kesimpulannya, di hari lebaran ni sama samalah kita untuk cuba tidak membazir dan cuba untuk pergi berkunjung ke rumah orang untuk bermaaf-maafan. Tak ada ruginya.