Sudah 8 hari puasa. Apa pencapaian anda setakat 8 hari ni..?

Pejam pelik,pejam pelik. Sudah 8 hari kita di bulan puasa. Ada lagi 21 atau 22 hari sahaja lagi dan tempoh tersebut agak panjang juga.

Setakat 8 hari ni. Adakah anda:-

1.) Menahan sabar dari melihat makanan yang lazat-lazat di kedai-kedai makanan yang dibuka ketika bulan Ramadan (biasanya kedai mamak). Jauhkan diri anda dari kedai mamak!

2.) Bagi lelaki yang suka tengok perempuan lawa lawa atau yang gebu-gebu, adakah mata anda masih suka tengok diaorang tu dan mengganggu mereka di bulan yang mulia ni? Henti hentilah tengok perempuan wooiii…!@

3.) Mulut anda, adakah anda masih suka mengutuk atau mengata orang? Bulan ni cuba zip mulut tu… Tak baik nak ngata orang. Tengok sendiri punya macam mana tu..?#$@@#

4.) Ni yang bagi suka berparti liar atau suka main snooker, clubbing dan sebagainya pada malam hari.Sudikah anda di malam hari untuk ke masjid?

Apa pencapaian anda setakat 8 hari puasa ni?