Rhodamine B dalam pengeluaran belacan mengakibatkan kanser.

image  image

Percaya atau tidak, penggunaan Rhodamine B ( sejenis bahan pewarna merah ) boleh mengakibatkan penyakit barah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan sendiri, mana-mana pengeluar belacan yang cuba menggunakan bahan ini ketika pengeluaran belacan dilakukan, pengilang akan dikompaun sebanyak RM100000, dipenjara 10 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Setakat ini, terdapat beberapa pengeluar belacan yang telah dikenakan tindakan mahkamah.

Sudah beberapa lama belacan ni menjadi kegemaran ramai sejak turun temurun, tetapi disebabkan oleh bahan pewarna ini sahaja, belacan boleh menjadi pembunuh!

Tetapi benarkah Rhodamine B adalah agen penyakit kanser?

Apa itu Rhodamine B?

Rhodamine B adalah hasil campuran dari bahan kimia tertentu (terutamanya ethanol) yang digunakan sebagai bahan pigmen bewarna, biasanya ungu atau merah. Di luar negara, penggunaan Rhodamine B perlu mendapat kelulusan dan dilabelkan pada bahagian pembungkusan bagi tahap kewaspadaan terhadap bahayanya bahan pencelup ini.

Dah ethanol sebagai bahan asas dan ethanol sebenarnya terbukti amat berbahaya sekiranya diguna dalam pengeluaran makanan, terutamanya belacan.

Jadi, jangan beli belacan bewarna merah!