Memalukan! Masih ramai yang tak puasa....

Pada petang semalam, selepas solat Jumaat saya bergegas ke Bandar Seri Alam, Masai atas urusan rasmi. Di Bandar Seri Alam, saya singgah sebentar di Maybank untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM sebelum pergi ke premis yang berkaitan dengan urusan saya.

Selepas mengeluarkan wang dari mesin ATM, dan ketika melalui sebuah kedai makan(kedai mamak), saya ada lah terpandang beberapa muka yang saya anggap sama keturunan dengan saya sedang sedap menjamu selera. WOW SEDAPNYA!

Saya cuba le melihat di tangan masing-masing jika ada lukisan tatu, sebab di sekitar Pasir Gudang dan Masai ni, ramai juga kaum Iban yang tinggal dan biasanya mereka ada tatu di lengan.

Ternyata tiada tatu dan saya anggap mereka ni melayu!

Kenapa le ramai orang melayu yang tak berpuasa saje je muka makan kat kedai mamak? Melayu ke? Islam kah mereka? Apa alasan mereka tidak berpuasa?

Ini amat memalukan kerana di bulan yang baik ni, masih ramai yang mengaku Islam tetapi tak puasa, rasanya macam nak bakar je kedai mamak ni...!