Kalaulah Restoran Mamak tutup masa bulan puasa kan bagus?

Pejabat Kementerian Agama Daerah Bungo di Jambi, Sumatera meminta kerajaan tempatan mengeluarkan arahan kepada pengusaha restoran sama ada Islam atau bukan Islam menutup premis sepanjang bulan puasa.
Penutupan sepenuhnya itu dilakukan untuk menghormati umat Islam yang menjalankan ibadat puasa, kata Ketua Kementerian Agama Bungo, Jamrizal ketika dihubungi kelmarin.      - Petikan dari Berita Harian Online

Di Malaysia, jika di bulan puasa adakah kebanyakan restoran akan ditutup bagi menghormati bulan puasa yang penuh barakah ini? Jawapannya anda jawablah sendiri.

1.) Di bulan puasa kebanyakan kedai makan akan tutup, terutamanya kedai-kedai makanan melayu. Tetapi ada juga yang membuka kedai seperti biasa, terutamanya kedai-kedai mamak.

2.) Alasan kedai mamak tidak mahu tutup kedai.

    i.) Akan menanggung rugi, walaupun sedar kedainya tidak akan ramai pengunjung pada bulan puasa.

   ii.) Beroperasi 24jam, nak bayar kos bahan mentah, pekerja ( yang tak fasih cakap bahasa melayu, hanya tau tanya nak makan apa dan nak minum apa aje..)

iii.) Walau macam mana pun, perniagaan makanan mesti diteruskan dengan alasan restoran mereka dikunjungi 1Malaysia (pelbagai bangsa dan agama makan di restoran mamak)

3.) Apa yang sangat membimbangkan, biasanya ramai orang yang tak puasa (yang sememangnya tak mau puasa punyeeee….) akan pergi membeli makanan di kedai-kedai mamak ni tanpa sebarang halangan. Dan ada yang dengan muka selamba anjing, siap menunjuk-nunjuk di depan orang ramai (dalam kedai) yang dia tak puasa.

Setiap tahun, jumlah mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa semakin bertambah. Alasan lapuk mereka ialah sakit gastrik. Maka setiap bulan asyik gastrik sahaja.

Saya pun terfikir sendiri, bilakah agaknya kerajaan tempatan (pihak Majlis atau pun polis) boleh mengenakan kompaun terhadap premis kedai mamak ni dari menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa?