Jangan membuat andaiaian dulu….Laporan penuh kematian bekas Adun diketahui seminggu lagi

image 

Sehari selepas kematian Datuk Abd Aziz Mohd Noh bersama PA beliau Siti Rohani Ismat yang mati akibat tembakan, pelbagai andaian dan spekulasi dibuat oleh banyak penulis-penulis blog, terutamanya yang bagi saya hanya akan menyebabkan lebih ramai yang akan terguris hati, terutamanya pada keluarga kepada kedua-dua belah pihak.

Kita sebenarnya tidak boleh mengandaikan kenapa mereka berdua mati begitu rupa (akibat tembakan di kepala dan hanya mereka berdua sahaja ketika itu berada di dalam kereta yang dipandu oleh Datuk Aziz sendiri).

Laporan polis hanya akan keluar selepas seminggu dari tarikh artikel ini ditulis. Polis dikatakan akan melakukan ujian forensik dan balistik (ujian halaju dan tujuan peluru dilepaskan) bagi menentukan cara arah tembakan dan kematian berlaku. Tetapi mungkin maklumat ini tidak akan didedahkan begitu mudah oleh polis.

Sebagai manusia biasa,sesiapapun akan melakukan kesilapan. Sebelum hendak mengandaikan itu dan ini, lebih baik tengok diri sendiri tu dulu..

RIZMAN M.A