Diskaun jika segera bayar saman ekor! – Boleh percaya ke?

image

Sesiapa yang disaman sama ada ekor atau lain-lain saman lalu lintas akan diberi diskaun kompaun jika membayarnya dengan cepat dan sekiranya melengahkan saman, nilainya akan terus meningkat sehinggalah ke peringkat mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, langkah terbabit adalah antara cadangan dibuat pihaknya berhubung penyelesaian masalah saman trafik termasuklah saman ekor.

Setakat itu sahaja berita yang di sampaikan oleh Harian Metro untuk hari ini. Belum ada kisah selanjutnya. Walaubagaimana pun, saya sebenarnya langsung tidak gemar dengan saman ekor ni.

1.) Saman ekor yang ditangkap oleh pihak polis kadangkala imejnya tidak jelas dan kadang-kadang nombor pletnya pun tak nampak. Kamera itu juga tidak boleh mengesan kelajuan tepat halaju kereta yang dipandu oleh pesalah trafik.

2.) Adakah plet kereta yang dicatatkan adalah sama seperti di dalam gambar? Dalam beberapa kes, terdapat mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa kerana kesilapan polis mencatatkan nombor plet kenderaan yang hendak di saman.

3.) Kelajuan (speeding) adakah bacaannya jitu? Jawapannya tidak.

4.) Saman ekor kita tak sign resit atau form pun, tetapi apabila hendak menghidupkan road tax atau lesen memandu, kita dah kena black list. Adil ke macam tu?

RIZMAN