Cabaran kerjaya di bulan puasa.

Setakat blog ini ditulis, saya agak lepak jugak sebab pergi mengangkat benda-benda berat. Hampir separuh tenaga hilang begitu sahaja.

Tetapi apabila difikirkan semula, masih ramai lagi sahabat kita diluar sana yang bekerja lebih teruk dari saya sendiri. Ada yang bekerja di pelantar minyak, terpaksa menerima hakikat yang mereka kena berpuasa di pelantar. Yang bekerja sebagai pengangkat sampah, terpaksa menelan sendiri bau yang menusuk di hidung, sampai nak termuntah dan mual tekak. Bila muntah, confirm batal puasa.

Bagaimana mereka yang bekerja sebagai PR, Guru, Operator Pengeluaran dan sebagainya?  Apakah cabaran-cabaran yang mereka terpaksa hadapi dalam kerjaya masing-masing di bulan yang mulia ini.

Kalau PR, mungkin mereka terpaksa memekakkan telinga kot, sebab berdesing telinga terpaksa mendengar maki-makian dari pelanggan. Jika guru pulak, terpaksa melayan keletah anak murid yang nakal-nakal belaka. Jika Operator, kena kejar output aje.. tak dapat output kena marah dengan supervisor.

Pendek kata, mana-mana kerjaya pun semuanya ada cabarannya yang tersendiri di bulan puasa ini. Cuma cara kita mengendalikannya sahaja sama ada berkesan atau tidak?