Budak tiga tahun disembelih bapa – Antara marah atau penyakit mental si bapa!

image

Kasihan pada budak comel di atas. Adik Mohamad Adam Mus-zahffar (3 thn) mati disembelih oleh bapanya Muhaimin Sauntar, 33 thn ketika mengikut bapanya ke dapur di rumah mereka di Kampung sungai Keladi di Kota Bharu.

Bagaimana pun, isteri kepada suami dan juga ibu kepada Mohamad Adam serta dua lagi anak mereka terselamat dalam kejadian tersebut.

Persoalannya, kenapa kejadian sembelih anak sendiri semakin menjadi-jadi? Apa yang terjadi dengan bapanya?

Hanya ada dua sebab sahaja sama ada dia memang ada sakit mental, atau pun mungkin marah kerana anaknya mengganggu ketika badannya tengah panas di dapur. Tetapi berita yang saya dengar di TV, bapa budak ini cuba membunuh diri dan mempunyai rekod penyakit mental.

Bahaya orang yang ada sakit mental ni… tetapi di negara kita, orang yang berpenyakit mental ni tidak boleh didakwa kerana sememangnya itu adalah penyakit mereka. Mungkinkah ketika kejadian ini, dia sudah tidak waras lagi?