Apabila pelajar berani mempertikaikan keputusan peperiksaan di Mahkamah!

 

Seorang pelajar gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bagi membatalkan catatan ‘F’ ( F = Failed ) pada slip keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Walaupun cuba merayu di Mahkamah Rayuan, tetapi akhirnya Mahkamah Rayuan mengetepikan rayuan yang dibuat menerusi bapanya untuk membatalkan catatan ‘F’ pada slip keputusan peperiksaan yang dimaksudkan. Subjek yang terlibat adalah Pafa (Perkara Asas Fardhu Ain). Gagal disebabkan tidak hadir, bukannya gagal jawab kertas periksa.

Alasan Mahkamah adalah mudah Keputusan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk catatan gred 'F' yang menunjukkan pelajar tadi, gagal, adalah mematuhi peraturan dan pekeliling dalam Akta Pelajaran.

Panel hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali dan Datuk Azhar Ma''ah sebulat suara menolak rayuannya selepas memutuskan bahawa ia tidak mempunyai merit.

Siapa yang hendak dipersalahkan? Pelajar tadi banyak bertukar sekolah (memulakan persekolahan rendah di SRJKC Gunung Rapat, Ipoh pada 1998 sebelum bertukar ke SRJKC Bukit Beruntung, Selangor pada 1999. Tahun berikutnya beliau kembali ke SRJKC Gunung Rapat dan belajar di sana sehingga Tahun Lima sebelum menamatkan Tahun Enam di SRJKC Ave Maria, Ipoh pada 2003.) Ketika di sekolah, pelajar ini mengikuti kelas pengajian Islam dari Tahun Satu hingga Tahun Tiga tetapi tidak mengikutinya dari Tahun Empat hingga Tahun Enam sebaliknya memasuki kelas Pengajian Moral.

Bapanya menulis sepucuk surat bertarikh 12 Februari 2003 (ketika itu pelajar ini di Darjah 6) kepada guru besar sekolah bagi memohon agar anaknya dikecualikan daripada menghadiri Pengajian Islam kerana ia dikatakan "bertentangan dengan amalan dan pegangan Islam orang tuanya".

Tetapi akhirnya beliau gagal di mahkamah. Persoalannya apa alasan bapanya tidak membenarkan anaknya belajar pengajian Islam kerana kononnya bertentangan dengan amalan Islamnya. Habis tu mazhab apa yang dia ikut?