Apabila kecewa dengan kerajaan negeri!

image

Seorang peniaga di Pulau Pinang yang kecewa kerana kedai kopinya kekurangan pelanggan, cuba membakar dirinya di hadapan wartawan ketika temuramah di KOMTAR, Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, peniaga tersebut tidak sempat untuk membakar dirinya walaupun petrol sudahpun dicurahkan ke badannya selepas dihalang polis. Peniaga itu kemudiannya jatuh pengsan dan dibawa ke hospital akibat tidak tahan dengan bau petrol yang melekat di badannya.

Alasan untuk membakar diri ialah kerana perniagaannya mulai merosot akibat tindakan kerajaan negeri menutup beberapa buah pintu di tingkat dua KOMTAR dan menyebabkan pengunjung tidak boleh lagi masuk ke tingkat dua. Lebih 48 perniagaan terjejas akibat tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri hanya kerana sebab Ketua Menterinya ditepuk bahu oleh seorang Siak Masjid kerana memberitahu masalah yang dihadapi oleh orang Melayu.

Logiknya tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang ini hanya lebih untuk melindungi Ketua Menterinya, Lim Guan Eng daripada disentuh oleh sesiapa. Tetapi menyebabkan perniagaan orang lain terjejas. Siapa yang hendak dipersalahkan? Lim Guan Eng? Kerajaan Negeri? Rakyat?