Apabila Hari Raya di lebih-lebihkan daripada ibadat puasa!

image

Hari ni dah hampir seminggu, kita sebagai penganut agama Islam menunaikan ibadat puasa. Selama seminggu berpuasa, hati saya terasa teruja untuk pergi ke majlis-majlis ilmu dan menunaikan solat sunat terawih secara berjemaah di masjid (walaupun dalam tujuh hari tadi, cuma 4 hari saya berpeluang melakukan sunat terawih berjemaah.)

Walau bagaimana pun, di bulan puasa ini saya agak terkejut dan nak marah pun ada jugak. Terdapat beberapa premis perniagaan dan stesen minyak sudah mula mendengarkan lagu-lagu raya. Tujuannya mungkin untuk menyemai dan menyemarakkan suasana Aidilfitri, sambil membuatkan pelanggan berasa teruja untuk terus membeli barangan di premis masing-masing. Tetapi yang melampaunya bila ada pulak siarkan lagu raya siap ada takbir lagi….!

Nampaknya premis-premis perniagaan ini mengambil peluang di bulan puasa bagi melariskan jualan, tetapi dengan kaedah yang tidak sepatutnya. Hari Raya dilebih-lebihkan, tetapi kelebihan bulan Ramadan langsung tidak peduli. Yeee, raya, raya dan raya….!!!

Itu baru cerita pasal orang bisnes. Bagaimana pula dengan beberapa orang yang mengaku Islam, tetapi tidak berpuasa walaupun sehari tetapi bila masa cakap bab Hari Raya, perghh dia yang lebih…!!! Nak beli itu ini, nak tukar kereta baru.. baju baru, spender baru.. Pendek kata, semuanya baru…

Nampaknya budaya mengimarahkan amal ibadat di bulan Ramadhan masih sepi di negara kita ini. Ingatlah.. Ramadhan sebulan inilah peluang yang ada yang diberikan olehNya untuk mendapat keberkatan daripadaNya. Hari raya itu meriahnya cuma tiga atau empat hari aje….

Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik untuk diri anda. Mencari pahala atau lost pahala?