Warga asing boleh beli minyak RON97 sebanyak mungkin?

image image image

 

Kononnya harga minyak dijangka naik pada bulan Mei yang lepas. Tetapi ternyata maklumat ini hanyalah khabar-khabar angin yang sepi kerana kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak pada 2 minggu lepas. Harga petrol RON95 telah dinaikkan 5 sen, menjadikan harga minyak sekarang menjadi RM1.85. Bagi RON97, harganya menjadi RM2.10 seliter.

Dijangka harga minyak akan naik lagi dalam tempoh 6 bulan akan datang dengan mekanisme yang lain pula.

Tetapi saya mempersoalkan kenyataan pak menterinya berkenaan dengan minyak RON97. Pada dasarnya warga asing tidak dibenarkan membeli minyak RON95, tetapi tiada sekatan untuk RON97.

Sebelum harga petrol naik seperti yang diumumkan baru-baru ini, warga asing (terutamanya Thailand dan Singapura) yang mahu membeli minyak di Malaysia pada jarak 50km daripada sempadan tidak boleh membeli minyak lebih daripada 20 liter. Tetapi untuk kali ini nampak gayanya mereka boleh mengisi tangki penuh untuk RON97 sahaja.

Jika dibandingkan dari segi kualiti, RON97 lebih baik dari RON95. Kenapa kerajaan tidak pula menyekat pembelian minyak untuk RON97? Lebih baik cakap RON97 khas untuk warga asing sahaja! Kenapa tidak ada sekatan seperti dulu?

RON97 itu pun masih pada harga subsidi. Warga asing sebenarnya tidak layak menikmati subsidi seperti warga sendiri. patutnya jual minyak tanpa subsidi, Pukul rata RM5.00 bagi warga asing!

Yang menyampahnya kereta-kereta warga asing ni lah yang paling banyak yang berlagak ‘anjing’ bila di atas jalan. Bawak kereta laju-laju di atas jalan kita. Adakah kita patut nak bagi muka kat mereka yang macam anjing ni..!!!????