Kesian si pembanci…

 

image 

Banci penduduk dan perumahan Malaysia telah bermula sejak 6 Julai yang lepas. Tujuan bancian penduduk dibuat ialah bagi mendapatkan data-data dan statistik penduduk, terutamanya dari segi jumlah penduduk Malaysia setakat bancian terakhir, pendapatan isi rumah, jenis pekerjaan atau pendapatan yang diperolehi dan juga tidak lupa, statistik penduduk dari segi umur.

Biasanya kerajaan akan melantik pembanci yang diarahkan untuk pergi ke sesuatu kawasan tertentu untuk mendapatkan statistik yang boleh memberitahu tentang demografi sesuatu kawasan perumahan atau sekitar daerah tersebut.

Promosi, kain rentang atau banner berkenaan dengan banci penduduk dan perumahan Malaysia boleh dilihat di mana-mana.

Malangnya…..

Terdapat segelintir rakyat Malaysia (tidak tahu sama ada betul ke rakyat Malaysia) tidak mahu memberikan kerjasama apabila pembanci datang ke rumah.

1.) Apabila loceng rumah ditekan atau pembanci dah bagi salam banyak kali pun, masing-masing tak mau buka pintu rumah. Alasan takut yang datang tu perompak atau pun salesman. Walaupun pembanci ada menunjukkan kad kuasa.

Ada yang bagi alasan tunggu suami pulang, atau pun tak ada masa nak melayan soalan si pembanci.

2.) Apabila pembanci datang, salakan binatang haraaaammm (anjing) yang diterima si pembanci. Ada yang siap buka pagar suruh anjing pergi kejar si pembanci. Apa ke jadaah manusia yang bela anjing tu.. Kalau anjing kecik boleh le sempat lari. Apa kata kalau anjing yang dibela tu anjing bulldog yang hodoh tu???

image

3.) Ada yang menhalau si pembanci macam halau kucing kurap, menyalak sama macam suara anjing, Muka pun dah hampir sama macam anjing. Siap hunuskan pisau pemotong daging kat muka si pembanci.

Jika melihat pada peruntukan yang ada, pembanci boleh melaporkan kepada pihak kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mahu memberikan kerjasama. Denda sebanyak RM100 atau penjara 6 bulan boleh dikenakan terhadap mereka yang enggan dibanci.

Cuma si pembanci ni baik sangat. Dah tahu orang tak nak bagi kerjasama, sanggup datang semula untuk mencuba. Apakan daya, tugas kena dilaksanakan juga.

Mungkin selepas ini kerajaan kena memikirkan kaedah yang lebih efisien untuk mendapatkan data atau statistik yang diperlukan dalam mendapatkan bancian penduduk. Mungkin lepas ni si pembanci kena diiringi oleh pihak ketiga, contohnya Ahli Majlis PBT atau pun polis.

Kalau ada yang tidak mahu memberikan kerjasama, maka orang itu tidak layak jadi rakyat Malaysia. Tangkap dan hantar ke negara yang tidak ada IC. Abis cerita..!!!