Drama TV semakin membosankan

Adakah anda bersetuju bahawa saya mengatakan kebanyakan drama TV yang dipaparkan di mana-mana stesen TV di Malaysia ini, saya katakan amat membosankan? Apa yang menyebabkan drama-drama TV ini saya rasa bosan untuk menonton?

Saya beri contoh! Kebanyakan drama-drama melayu hanya memaparkan konflik keluarga, perebutan kuasa (biasanya cerita berbentuk korporat, tetapi cerita dah macam keparat sangat), percintaan melampau dan cerita seram yang dah rasa tak seram. Kenapa drama-drama melayu sekarang kurang penceritaan berbentuk nasihat (secara halus), keagamaan (tapi kalau diselitkan unsur cinta baik tak payah), dan mungkin cerita fiksyen superhero. Apabila drama-drama dari Indonesia banyak disiarkan di televisyen suatu ketika dahulu, ada beberapa drama kita seolah-olah mahu meniru rentak drama-drama dari seberang, Buat apa nak meniru?

Sekadar pendapat saya sahaja. Oleh itu penggiat seni janganlah nak marah-marah dengan tulisan saya ni. Tetapi saya tetap mengatakan drama melayu memang amat membosankan.