Apa nak jadi…!! Nama sahaja Ustaz

 

Nama sahaja Ustaz, tapi kena tangkap basah!

Berita Harian telah melaporkan seorang Ustaz telah ditangkap basah bersama dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang di sebuah hotel murah di Changlun, Kedah. Ustaz ini dituduh bersekedudukan dengan wanita yang berusia 36 tahun pada waktu tengahari.

Kalau hendak berjumpa pun, kenapa mesti berjumpa dekat hotel? Hotel murah pulak tu? Ini menyebabkan prasangka kepada orang yang mengenali si Ustaz tadi dan juga orang di sekitar kawasan Changlun tadi. Yang pelik, ketika ditangkap, si Ustaz ni tidak mengaku yang dia ini adalah seorang Ustaz, tetapi mendakwa dia adalah seorang petani.

Macam-macam! Kalau dah nak cover line mula la kata dia ni petani le, penternak le, tukang masak le dan yang setaraf dengannya.

Bukan niat saya untuk memperlekehkan Ustaz yang ditangkap basah ni, tetapi cuba kita fikirkan semula. Hanya kerana dia seorang, maka kerjaya Ustaz ini mula dipandang serong dan semua Ustaz di Malaysia tercalar reputasinya dek kerana dia seorang.

Mungkin berita di atas sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana ada beberapa kes, terdapat beberapa manusia yang kononnya Ustaz tetapi tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang guru apabila berada di luar.

Kepada Ustaz-ustaz semua, anda adalah harapan negara. Membawa anak-anak kita ke jalan yang diredhaiNya. Jangan melingkupkan anak-anak kita dengan sikap yang tidak elok apabila berada di luar.