Sila berhati-hati apabila membeli produk ebook di internet.

Anda tidak harus terpedaya dengan beberapa ebook tertentu yang sebenarnya tidak boleh menjanjikan anda apa-apa pun. Bukan niat saya untuk menghina atau menutup rezeki Internet Markerting (IM) di Malaysia ini, tetapi hakikatnya terlalu banyak lambakan ebook berbahasa Melayu yang berada di pasaran tetapi isi kandungannya, alahai serupa tak payah beli.

Di sini ada beberapa tips yang saya hendak kongsikan, tetapi jika anda ada cadangan yang lain, amat dialu-alukan.

i.) Sila bertanya kepada mereka yang pernah membeli judul ebook tersebut. Anda boleh bertanyakan tentang keberkesanan kandungan ebook tersebut daripada rakan-rakan anda secara offline atau secara online. Jika anda mahu bertanya secara offline, lebih mudah jika anda pergi keruangan forum-forum. Contohnya WangCyber.Com

ii.) Anda sepatutnya tahu reputasi penulis ebook tersebut dan penulis ebook tadi sepatutnya dikenali ramai. Pada landing page website (di mana biasanya IM menjual ebook melalui landing page), sekiranya tidak diletakkan nama penulis, nasihat saya jangan beli.

iii.) Baca landing page sampai habis. anda akan dapati mereka yang menjual ebook tadi pasti kata mereka ada testimoni mereka yang mengulas atau membeli judul ebook tersebut. Sekiranya ada contact no, apa kata anda hubungi orang tersebut, untuk mendapatkan kepastian.

iv.) Pada landing page tadi, sekiranya mereka hanya menjanjikan segunung kinabalu, lebih baik jangan beli

Saya berharap 4 tips tadi boleh dijadikan panduan bagi mengelakkan anda menjadi mangsa mebeli ebook-ebook sampah.