Sebuah Cinta Klasik

untitled

Hampir 2 bulan saya tidak mengulas blog orang lain yang ada di Malaysia ni, kita tinggalkan blog IM Din Beramboi yang hampir nazak kerana sudah tidak di update hampir setahun itu.

Mari kita terjah blog ‘Sebuah Cinta Klasik’.

Walaupun saya tidak selalu singgah di blog ciptaan Asilah Kasim ni, tetapi blog ini saya anggap masih terbaik untuk saya melepak dan sesekali membaca entry-entry blog Asilah ni.

Apa yang anda perolehi apabila menjengah ke blog ‘Sebuah Cinta Klasik’ ini?

1.) Saya sebenarnya tak berapa faham pun kenapa temanya Sebuah Karya Klasik? Mungkin Asilah ada jawapannya yang tersendiri. Backgroundnya warna coklat cair, sememangnya warna klasik.

2.) Tema penulisannya lebih berbentuk personal semata-mata tetapi ada juga diselitkan dengan informasi-informasi. Tetapi agak kuranglah dari sudut penyampaian.

3.) Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang simple sahaja. Tapi boleh difahami

4.) Biasanya kalau perempuan suka tulisan yang color-color. Tetapi tidak untuk blog ni. Font yang biasa tanpa bercolor-color dipilih untuk blog ni.

5.) Follower nya dah 320 orang. Kira boleh le… Kalah blog saya.

Untuk Asilah. Teruskan menulis.