Sampai bila pendapatan blog bergantung kepada Nuffnang atau Advertlets?

image

Sebagai seorang penulis blog dan sekiranya blog anda sudah popular,mempunyai ramai pembaca, anda tidak seharusnya risau kerana trafik anda tetap ‘maintain’ kerana sentiasa ada pengunjung. Persoalan yang ingin saya coretkan di sini ialah apabila ada sesetengah penulis blog masih bergantung harap kepada pendapatan pasif melalui media ‘online advertisement click impression’.

Contoh yang paling mudah ialah Nuffnang dan Advertlets.

Ada sesetengah penulis blog, hanya mahukan trafik ke blog sahaja dan mengharapkan pengunjung blog tadi mengklik pada iklan Nuffnang atau Advertlets yang dipasang pada blog masing-masing. Dan ada yang saya perhatikan siap memasang kempen (atau kontest) di dalam blog untuk klik pada iklan-iklan yang dipasang pada blog.

Percayalah, sekiranya blog anda dikunjungi paling kurang pun 200 orang sehari, mungkin hanya 5 atau 10% sahaja yang akan klik pada iklan tadi. Iaitu bersamaan dengan 10 atau 20 orang sahaja. Sekiranya value setiap per klik ialah RM0.25, kalau 20 orang anda hanya akan mendapat RM5.00 sahaja, bersamaan nilai anda bekerja secara part time di Tesco atau di Carrefour selama satu jam.

Dengan kenyataan dan realiti sebagai penulis blog, adakah anda harus terus bergantung kepada media ‘per click’ impression ni? Mari kita cuba fikirkan medium baru bagaimana untuk menambahkan pendapatan blog kita, dengan tidak bergantung kepada iklan Nuffnang atau Advertlets 100%.